DESTINASI PELANCONGAN DI NEGERI PERAK
Negeri Perak yang terletak di Semenanjung Malaysia mempunyai banyak tempat menarik seperti air terjun serta hutan rekreasi,tempat-tempat peranginan, gua-gua batu kapur, tempat-tempat bersejarah, dan lain-lain. Setiap daerah di negeri Perak mempunyai tarikannya yang tersendiri untuk menarik pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri.
Air terjun Lata Kinjang di daerah Tapah

Air terjun yang ketinggiannya mencecah 850 meter ini terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah. Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikuti jalan Persekutuan yang jaraknya kira-kira 13 kilometer menuju ke pekan Cenderiang iaitu sebuah pekan lama yang paling hampir dengan kawasan air terjun tersebut.

Air terjun yang ketinggiannya mencecah 850 meter ini terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah. Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikuti jalan Persekutuan yang jaraknya kira-kira 13 kilometer menuju ke pekan Cenderiang iaitu sebuah pekan lama yang paling hampir dengan kawasan air terjun tersebut.
Selain bermandi-manda, ada juga pengunjung yang datang ke sini mengambil kesempatan untuk berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak.
Hutan Rekreasi Kuala Woh


Selain itu, jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai Batang Padang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan menjadi satu daya penarik yang unik bagi hutan rekreasi ini.
Lembah Belum di daerah Gerik

Lembah Belum adalah kaya dengan hidupan liar serta spesies tumbuhan dan walaupun terpencil, kini semakin popular sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi mereka yang merupakan pencinta alam.
Selain daripada mengunjungi Hutan Simpan Belum untuk melihat pokok bunga Rafflesia yang merupakan bunga tunggal yang terbesar di dunia, pelawat-pelawat juga dapat menyertai safari sungai di Sungai Sara untuk melihat bukit-bukit yang telah ditenggelami atau untuk membuat perjalanan jauh (bahasa Inggeris: jungle trekking) dalam hutan. Jika bernasib baik, pelawat-pelawat juga akan dapat melihat sesetengah haiwan dalam persekitaran semula jadi. Bagaimanapun, haiwan-haiwan di sini amat susah dilihat disebabkan hutan yang amat padat.
Beberapa perkampungan orang asli terdapat di sini. Selain daripada mengamalkan cara hidup sederhana, orang-orang asli ini adalah mampu diri.
Gua Tempurung di Gopeng, Perak.

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.
Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.
Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.
Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.
Menara Condong Teluk Intan

Tegak berdiri pada ketinggian 25.5 meter, pembinaan terperincinya memberi satu pandangan bahawa ianya terdiri daripada 8 aras. Namun, jika ianya dilihat daripada bahagian dalamnya, seseorang pengunjung itu pasti akan menjadi kehairanan jika didapatinya ketinggian menara tersebut hanyalah kira-kira setinggi tiga tingkat sahaja.
Struktur yang menyerupai pagoda ini telah dibina pada tahun 1885 oleh seorang kontraktor Cina bernama Leong Choon Chong, dan pada awal pembinaannya, ia digunakan untuk menempatkan tangki air bagi kegunaan kawasan setempat. Kini, ia berdiri megah sebagai satu binaan bersejarah dan akan terus menjadi satu daya tarikan pengunjung ke Teluk Intan.
Bukit Larut (Maxwell Hill)

Puncaknya yang diliputi oleh kabus tebal dan bunyi cengkerik dari hutan sekeliling. Pengunjung boleh menikmati keindahan pemandangan Bandar Taiping dari celahan awan-awan yang bergerak yang menambahkan keindahan semulajadi di Bukit Larut.
Di puncaknya juga terdapat air terjun yang boleh dinikmati oleh pengunjung untuk pengalaman percutian yang lebih menyeronokkan.
Kota Belanda di Pulau Pangkor

1670 Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak.
1690 Rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan cara Belanda memperolehi bijih timah tersebut dan telah membinasakan Kota Belanda ini .
1749 Belanda telah membinanya semula dan menempatkan seramai 80 orang pengawalnya di sini.
Selepas tahun

1824 Belanda dan Inggeris secara tak rasmi membahagikan wilayah penguasaan masing-masing di Nusantara.
1973 Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam Seksyen No. 247 , Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 31 Mac 1970.
1997 Kerajaan negeri Perak telah memajukan lagi kawasan ini sebagai kawasan perlancongan negeri Perak. Beberapa rumah limas tradisional negeri Perak telah dibina di sini. Pelbagai gerai makanan pakaian dan cendera mata ada di sini.
Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim

No comments:
Post a Comment